Wednesday, May 4

edisi sastera: aku dan perasaan

hembusan nafas yg terhela berat malam ni, xmampu nak hilangkan segala kerungsingan. rungsing? ye, aku rungsing memikirkan masa depan, perasaan dan juga khalayak sekeliling ku. memang x pernah aku nafikan, aku masih berfikiran budak2, lurus dan kadang2 tidak ambil peduli dgn persekitaran. sbb aku xmahu terus dirundung masalah duniawi. aku mengelak dari memikirkan sesuatu yg bersifat serius. aku mengelak dari menerima kenyataan yg pahit. aku mengelak dari kebenaran fitrah insani.

banyak perkara yg bermain di minda kanak2 rekaan aku sendiri. kadang2 kedewasaan aku rasa amat bodoh sekali. untuk apa menjadi dewasa andai sebenarnya kau masih lagi xmatang? untuk apa menjadi dewasa andai sebenarnya kau masih lagi mentah menilai kebenaran? masih lagi xtau membezakan yg mana kawan dan yg mana lawan. untuk apa? sekadar menjadi ketua di mata tanggapan org lain? sekadar kepuasan untuk dipuja dan dipuji? eh tolol! itu semua sementara. buat masa masih mahu terus berpura2 dan bersandiwara? 

haha. ironi bukan? sedangkan di awalnya aku juga berpura2 untuk sentiasa kelihatan keanak-anakan. dan kini aku menghina org yg berpura2 kelihatan dewasa. ya! hidup mmg penuh ironi. lihat pada dunia, org yg zalim kita lantik jadi pemimpin. org yg tamak kita lantik jadi penguatkuasa undang2. org yg keji kita lantik jadi teman setia. dunia. oh dunia. aku merasa dekat sekali dgn mu. dan buat akhirat. sesungguhnya. aku belom mengenali kamu sepenuhnya. berikan masa untuk aku terus mendampingimu. agar aku terus memandang ke arah kiblatmu. agar aku terus mendapat keredhaan dari tuhanmu. ya tuhan. sesungguhnya aku malu menyebut nama mu di bibir ku. aku malu. kerana banyaknya dosa aku lakukan dgn lidah ku. masakan aku tidak pernah malu menyebut nama mu yg agung dan kalimahmu yg suci dgn lidah ku yg penuh kotoran ini. 

apakah ada masa untuk aku membalikkan waktu yg telah berlalu? atau ada kesempatan untuk aku menjengah pintu taubatmu? apakah jua kau masih sudi menerima amal ibadah ku? sesungguhnya aku manusia lemah yg sentiasa akan melakukan kekhilafan. dan sejujurnya aku masih belom mahu bertaubat. aku masih mahu melakukan dosa. aku masih mahu mengingkar aturan hidup. dan andai satu ketika aku dihadapkan di hari pengadilan, biarkan aku merasa bahang seksanya neraka. biarkan aku merasa pedihnya tusukan besi panas. biarkan aku merasa sakitnya azab hukumanmu. biarkan aku sedemikian rupa sekiranya itu menjadi kehendakmu. segalanya telah pun tersurat. dan engkau sesungguhnya maha mengetahui dan maha mengasihani. 

No comments:

Post a Comment