Tuesday, December 20

Saje-saje

oh my Allah! alhamdulilah. syukur ke atas limpah kurnia-Nya aku berjaya menghabiskan latihan berpraktikal!!! thanks ya Rabb. love u so much.

ok. pop quiz. letak kaki kat atas apa2 penyandar/sumthing yg leh letak kaki. then goyangkan paha. lihat lemak paha anda. bergoyang bak belon air ke? bergoyang bak batang kayu? bagi yg bergoyang bak belon air. sudah tiba masanya anda pasang kasut. dan berjogging!!! bagi yg bergoyang bak batang kayu. sudah tiba masanya anda peg kafe, makan banyak2!!! baca bismilah k. bagi yg non-muslim. say ur grace. :) *betol kah Mack?*

anyway, latihan industri or what we-student-communication here call magang, sangatlah mencabar dan berbeza dgn kelas/kuliah. so i do encourage newbies, juniors to start looking for their place to do their magang. choose wisely. n also, equip urself with knowledge of the industry that are relevant and please tebalkan-muka n go ask ur senior. carikla senior yg korg baik/xkekwat/chantek cam org yg bagi nasihat nih haaaaa. eh? haha

as a public relation apprentice myself, i did learn sumthing dat beneficial for my future career while doing my intern. but i do regreted at something thou. hmm. i wish i can do more. but then again. i hate politics in office. depan cakap lain, belakang cakap lain. blah la. kalau berani cakap la depan2. loser.

post ni saje-saje je. lama xpost sumthing kat blog. hehe. bz la konon. tp sebenarnya aku terlupa aku ade blog. ekceli. haha.

Saturday, November 19

KUCIWA

salam buat semua. sebelom memulakan upacara menganyam ketupat, suka utk diingatkan. blog aku bukan wajib utk ditelaah. xmasuk exam hatta tok kadi sekalipun xkan tanya. xsuka, tukar chanel. suka, kite gelak guling sama2. *awas*

aku tgok separuh akhir muzik2. aka Anugerah Juara Lagu. pencalonan bagi aku mmg superb. mostly MY FEVRET!

tok minggu pertama ni. Komentar:

Akim (tipikal sgt persembahan ni. dari dulu, sama je.) 

Stacy (sama. suara xsmooth.) 

Sofaz (motip botak dah vokalis? suara tiba2 serak dan dibuat2. boring) 

Alyah (suara OUT! sakit telinga. xmcm versi recording.) 

Drama (ni band kolej mane nih? suara kat ujung2 lagu tiba2 out plak. haiyo.) 

Hafiz (feeling habis!! xdenyer Ogy Ahmad Daud nak komen ko *gali lagi dek. penghayatan tuh bagi lebih* XDE. PAHAM? lebih2 nape? sampai lupa lirik. lagu SENDIRI plak tu. geram tau. suara die sedap, syg, banyak sgt elemen teater. ko nak menyanyi sambil berlakon. ko g istana budaya. lagu awan nano mmg sedap. harap2 final, die akan top 3. jgn over. berik malu org srwak jak. hafiz, kmk admire dgn rambut ktk.) 

3 Suara. (ohmaigod. presence dieorg ni mmg mendebarkan. tp syg xsmooth. i dont know y. xmcm biasa.)

persembahan selingan. hazami. (eh? baju lagenda ke tuh? haiyo)

kesimpulan.
aku bukan pengkritik bertauliah. tp itu pendapat aku. yg lain2, aku xkomen. xsempat nak tgok. tp aku sygkan industri hiburan tanah air. mcm kumpulan DRAMA tu. walaupun tiba2 ada, tp sedikit sebanyak mmg meriahkan lagi industri. in fact, i quite enjoy da song rather the singing. ;)

sekarang ni musim hujan. banyak org xsihat. mungkin sbb tu persembahan xsmooth. tp xmengapa. jaga kesihatan sume.

minum air masak. tido cukup. jgn main games je. jgn dok mengata org. baca buku banyak2. buku ilmiah. bukan magazine. sume benda baik2 lah. jgn lupe. sebelom tido, rindu2kan mak ayah. doakan kesejahteraan dieorg. :) amin. *nasihat ni aku taip sambil tgok cermin laptop. biasan wajah sendiri*

di mana anda berada, di situ keberkatan dan keredhaan ibu bapa anda. 

kebijaksaan bukan terletak pada kata-kata anda. tetapi pada tingkah laku anda.

Monday, November 7

cuti raya Aji

sape kat sini pernah g haji? angkat mouse. kalau xgune mouse, sila angkat kening. kalau xde kening, sbb baru lepas cukur. angkat la pape yg korg leh angkat. *mulakan post dgn bebelan*

cuti raya aji ni mmg boring skit. mood slow. disokong kuat oleh faktor persekitaran. kan musim ujan. mendung semendung hati aku. ceh.

tp aku nak share sikit gambar buat tontonan anda sekalian. hehe.

pic 1: nampak x langit tu? plus nampak x kereta yg panjang bersusun tu? upm dah jadik KL kejap. *dlm keta Lan. sbb ade rokok* :P

pic 2: skg ni dah odw ke tempat karoke. kat equin. bersama lagenda. *time nih dlm keta lagenda tanah air lah kan sbb xde rokok.* ;P

pic 3: sedikit pin up pose buat peminat beliau. *tgh memandu nih*

pic 4: membeli belah di Giant. time ni baru lepas membeli bahan2 tok memasak spageti. kurang asam akak cashier tu. kite plak yg kene masukkan barang dlm beg plastik. argh! nak je aku cabut bulu kening ko tu sampai xde bulu kening!

pic 5: kat guardian. sempat membeli coklat sbb tgh promotion. lagenda bayar. thanks kpd beliau.

pic 6: hah! time karok. nyanyi lagu christina aquilera. sori. tune lari. tp aku suke lagu ni. impossible. yes. it is impossible for me to sing it right. :)
pic 7: hah! itu die persembahan dari aku. *ehem2* 

pic 8: ni spageti yg aku masak. thanks kpd lagenda sbb potong bawang. thanks juga buat baby and kerul. 

pic 9: yg terakhir. pagi ni nyer. lepas bekfes dgn rez. walaupun pagi isnin. tp masih ade bau ari ahad. sbb cuti kan. hehe. xcukup dgn rendang daging yg manis tu, ayam, kerang, dan nasi lemak. beli la coklat2 nih tok cuci mulut. lagi~



p/s: pic yg bawah ni bukan iklan dari cloud 9 ke ape ke... tp saje nak tunjuk aku suke makan benda camnih... haha... tgok background tuuu... ade maggi, ade coke, ade 100+ ada macam2... student sgt kan aku? haha...




Friday, November 4

Anugerah Skrin=Anugerah Sedih

baca tajuk entri tuh! sedeh k. mmg sedeh.

kpd penonton sekalian, anugerah skrin ni mmg khas utk org belakang tabir yg bertungkus lumus menyiapkan kerja dgn sebaik boleh dan memberi penghargaan atas mutu dan tahap penghasilan karya dlm bidang masing2.

jadi, biasala yg hadir mlm tu sememangnya jenis yg low profile, jenis yg "belakang tabir"... *paham2 la kan*
xhairanlah keadaan anugerah tu sememang nya senyap dan serius. kadang2 je gelak. sbb dieorg pun manusia gak. pelakon/artis yg turut serta mmg dtg dan berharap tok menang lah kan. neves kekdahnyer!

letak la aznil hj nawawi, our most talented host... ke sape ke, suasana nyer mmg xkan berubah. jangan harap anugerah skrin akan menjadi sehavoc anugerah bintang popular ke anugerah juara lagu ke. sbb penonton yg hadir ke ABP dan AJL mmg penuh dgn himpunan umat penonton yg hard-die. yg sanggup bermati-matian berjuang demi artis yg dieorg minat. walhal, LALANG. dolu2, beria minat mawi. sanggupppppp xmakan sbb nak sms mawi. media jentik skit, masyarakat bengang... skg??? ado? xde.

back to our topik. since da mmg fitrah anugerah skrin ni mmg gini, jgn la nak bandingkan kemeriahannya dgn yg lain. time2 persembahan je ade naikkan sedikit mood penonton kat dalam dewan tuh.

nak komen skit. SKIT jah. tgok pun kejap je. sbb ngantuk dan malas nak tgok. esok, beli paper. dptla tahu sape yg menang. sape yg kalah. huhu.

1. najwa latif *plz jgn nyanyi. boleh nyanyi. tp xsedap dgr. sori*
2. awi rafael *beriya nye ko... lagu dah sedap, suara dah macho. rileks2 udah ler. ogy ahmad daud ada satu je kat malaysia. so, rileks.*
3. nashrin *lagu fobia cinta mmg sedap. tp ko mcm zizan+black mentor. seyes. comel la. hehe*
4. ally iskandar mmg beria nak ceriakan keadaan. tetamu mmg bosan. xyah berusaha.
5. boleh plak penyampai anugerah ni, si hazlin mek kelate nih ade masalah nak bukak ipad. penganjur pun satu hal. leh x ajar skit mcm mane nak gune ipad. yg g tukar nape??? adoi. bagi aku satu. sekian
6. rancangan hiburan terbaik: maharaja lawak akhir. *mmg patut menang!!!*
7. farid kamil. xyah masuk tv kalau rambut ko mcm negro!!!
8. scha al yahya. leh x malu skit. xde benda nak ckp ke selain pasal pegang2 tangan dgn farid kamil??? evendoe as a joke. xde benda lain???
9. pelakon pembantu lelaki terbaik filem: sidiq husein. aka lelaki berbonggol. citer karak. huhu.


last but not least, sape la budak yg bersiul kat aras aku. dah la die bersiul mcm lagu pulanglah-awi rafael. kalau die bersiul lagu muka buku, mmg aku hentak kepala die kat dinding. sekian.

p/s: bukan xsuke. tp xwajar. haha.

Sunday, October 30

Kisah Praktikal 1

salam ols. pagi yg indah. pagi yg ceria. *walhal ngantuk. xtido lagi. dan lapaaaa*

walau bagaimana sekali pun kendati sekalian kalinya, *nampak x efek xtido tuh?* aku ingin share lah 1-2 kisah peri laku aku sepanjang mendiamkan diri.

semester ni, aku praktikal. ni pic aku kat ofis. tadaaa...

*aku menumpang meja je k.* 

nak jadik sh.armani lagi leh x?

as u guys can see at my fb, i always cerca-ing my bos and ol kind of stuff. but well. sukati ku lah kan. 

till now, i tink im starting to love working. *eh jap. nape aku dgr bunyi org menarik beg nih? verangan pramugari sgt!!* ok. sambung.

but then again. im proud to tell u. dis office is my father's office. *direct translation: ofis bapak aku!*

y? becoz im always late to work. haha. da working hour is 8am. n da earliest time for me to come at the office is 9am. hmmm... 

*lakonan*

disebabkan aku praktikal kat upm ni lah~ aku merasa kejap nak grade pegang ijazah tipu tuuu... bukan ade pape pun. propaaa sgt dunia nih! eh?

*majlis konvo*

berpeluang jugak nak masuk dewan besar ni tanpa ade org halang. bayangkan berpuluh ribu umat nak masuk, kene ada kad jemputan. aku xpayah. sbb ada tag media. hebat!

*wartawan ni tgh baca suratkhabar yg aku wat*

aku pun berpeluang tok wat suratkhabar upm=tribun putra. bukan tribunal... haiyo. lain sgt maknanye.

walaupun dulu aku guna benda alah ni tok lapik time aku makan/alas almari ke hape ke... tp skg, aku plak yg kne wat benda alah ni. tp aku bangga la. leh wat. korg ade? xde kan? so, senyap!

bdw, tgok bahagian editorial. edisi 69. hah! penolong editor. aku la tu. *bangga tp hampa. eh?*

praktikal ni keje bagai nak rak. tp elaun? hmm. hado! aku sebenarnya nak sepak je, mulut2 yg xreti bahasa. student yg praktikal kat kerajaan xde elaun. paham x? adoiiiii... *bunyi kene sepak*

*ni ha... beribu mak bapak yg dtg tgok anak2 konvo*

pasnih mak bapak aku plak. :)

*yg ni plak. pic TPM dtg UPM.*

sempena lawatan keje die~ singgah sebentar di upm. kecoh gak la time nih. aku mmg mcm staf sgt. banyak benda kene wat. layan wartawan yg cerewet. layan staf upm yg bengong. layan bos yg asyik menghilang. layan student yg chomel2 lintas. eh?

tp yg best nyer. aku wat catwalk berkali2 dah kat dewan besar. time dewan full plak tu. bukan aku suke2. tp terpaksa. wartwan ni nak letak recorder kat depan. gigih la aku kene ke depan. ni bukti!

*nampak x recorder yg banyak2 tuh?*

ini lah nasib aku. tp yg best leh snap pic TPM dekat2. walaupun die bukanlah artis hensem. *aku xcakap die nan hado* tp die pemimpin yg menyumbang ke arah pembangunan. *aku bukan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang* aku sekutu kuat kak ros je. haha

tu je. bai.

p/s: pandai2 la korg menghubungkaitkan jalan cite aku ni. aku ngantok. aku lapa. huk3







Thursday, October 27

bentak hati

meratapi sebuah kehidupan.


kehidupan yg tidak diperdulikan.


jiwa yg kosong tanpa iman.


hati yg penuh pertanyaan.


dugaan dtg bertimpa-timpa.


kepura-puraan, engkau hadir jua.


bersama dgn ketidakpastian.



DEMAM pasha SINDROM afgan

eh? lama menyepi. tup2 post kuar la citer 2 lelaki indon ni. sesuatu sgt. *kata mak jemah dlm hatinya*

salam malaysia. xdilupakan indonesia tercinta, jutawan brunei dan anak2 ikan singapore. *mampoo greet camtu?*

indah nye pagi. semarak jiwa. masih menyambung pembacaan manga ONE PIECE, bertuit, berFB, berUTUSAN MALAYSIA dan seanteronya. *dlm perut, kelaparan.*

time aku kecik2, dgr je mat indon. terus aku terbayang mat indon yg keje kontraktor. kusut masai. bau yg melemaskan. wekkk! hmm. tp skg? kenyataan nya...

artis indon mmg memikat. paras rupa... bakat... mmg ada curlas. xyah cite banyak. aku nak citer pasal penyanyi ni je. who? yes... AFGAN dgn PASHA.

nak citer pasal Afgan dulu la.

sebelum tu. amek kau nyah!


*koleksi gambar afgan yg curik kat sape ntah*

geram x? ok. he is stylish. he is good looking. trendy. very metrosexual person. i dare to say dat. becoz he never fail to impress us *especialy me* with his appearance. gosh! 

talent? hmmm... very talented indeed. u guys shud listen to his song~ very controlled voice. long ranged vocally~ sensual touch of his voice just make u melt. *i can hear girls screaming now. oh wait. its me! haha*

although, sometimes it is hard for me to find out his true character. coz it seems so preserved. Is it agfan or it is what afgan want us to see? da perfect singer?

nevertheless~ i still love his voice. his entire career. it is splendid. 1 advice for him. plz dont restraint ur vocal. i love to see u sing from deep of ur heart rather to hear u reach the notes perferctly. *again, im acting like syafinaz selamat isnt it?*

next! pasha. :)

*ni pic time aku dgn pasha tgh bahagia* haha

nothing more to tell about dis guy. a naughty widower. :)

he is a living evident dat can show us~ u can be cute and handsome in da same time!

other than da face dat im admiring so much, the talent he has is something that us should never take for granted. wow. da voice is so manly. Ungu's collection of song is mainly about love. 

love between humans~ love between human and god as well.

but everytime i heard their song~ it touches my heart. *although mine is a little bit of stone* literally. ;p

ok. dats all. dont expect me to load lot of their pic in one post! 

coz i have it all in my memory! :) haha... gotcha! 

see u later. babai.

Monday, August 22

Pahami Perasaan Tuan Punya bLog ni


kisah cinta si tuan empunya blog... diekspresikan dlm lagu ni... :)



=== STARS ====

i feel the wind blow in this place
there i see the star beyond this window pane
shining so bright
here in this night
here i feel the sense of love
deep in my heart
i cry for you
every tear that falls feels like a wound
the stars in the sky
gently shine
taking away my pain

i hear a voice gently saying
don't be afraid
i feel the warmth come over me
as i sleep in their embrace

and even though i..

do not have the strength to go on
even though i try to hold on
this love will never ever be meant for me
but i'll keep on smiling
even though my dreams won't come true
i'll remember every moment with you
like the stars that shine forever
i'll treasure my love
for you

Friday, August 12

Anda Ingin Menjadi Jude Law?

selamat berpuasa wat sume yg berpuasa. yg feeling2 xpuasa tu, selamat sejahtera diucapkan. arini dah masuk ari yg ke12 umat Islam berpuasa dan ari yg ke10 student bacelor komunikasi upm berpraktikal. mcm2 dugaan ye. hak3. padan muke kite. xpe. semua dugaan dan godaan *eh... tibe2* akan diatasi dgn sehabis baik. namun, pada masa yg sama, kesabaran dan kecermatan dalam mengekspresikan emosi juga amatlah dituntut. tambahan pula, bulan puasa bulan penuh kemuliaan. dah tu? xreti nak jadik insan mulia? haha.

post kali ni bukan nak citer pasal raya atau juadah tok berbuka mahupun segala yg berkaitan. kite larik skit. xde kena mengena pun. cuma nak gurau2 manje dgn kawan2 sebaik alam aku. pagi tadi, aku ade terima sms dr sorg BFF aku. yg mengatakan arini die berbaju merah, jeans biru air tenang di tioman *moteep? kalau air yg xtenang kaler ape? coklat? tioman kekdahnye. kuat verangan niiii*, pashmina hitam *yg ni dah macam mak hayam astaka seni... opss* matilaa... pastuh tukar plak pashmina dgn sweater itam berkasut kulit. yg xtahan dgr... mengaku jude law... ko mampu? awas. haha...

sbb xnak kecikkan hati kawan aku yg disayangi... dengan ikhlas aku memberi tips tok jadik Jude Law... :)

Tip 1: Pose cengginih...
*aih, pose camni salu sgt aku tgok kat bilik... ops! tu trademark Z##. matilaaa... haha* :P

Tip 2: Duduk sopan camnih...
*yg nih seyes cam A###, sweet2 gtew... haha... sekali sekala, bersimpuh wlau kaki berbulu. kanzz*

Tip 3: aksi xkan lengkap kalo xde aksi berani mati kannnn.... :P
*moteeep tunjuk puncak dada??? haiyoo... kalo nak tunjuk pun, tunjuk la sume... baru la curlasss. :P*

Tip 4: ni lah gambaran hampir tepat dgn bayangan member aku tuuu...
*yg ni paling hensem sekali. sbb sopan je nampak* 

di akhir kata. jagalah pemakaian anda. :) haha...

selamat berbuka. jam dah 430pm. xlama lagi tu... 

bdw, aku wat post nih time aku praktikal... mampooo??? :P




Tuesday, August 2

Hidup Pelajar Tgh Praktikal

salam muslim muslimat, dan sahabat2 ku yg lain. selamat menyambut bulan ramdhan yg penuh keberkatan lagi mulia. *bulan puasa, kenelah berhenti mencerca, paham?* ku kira panas ke malam, rupa-rupanya siang lagi sejuk. *peribahasa baru* kaedahnya aku praktikal kat ofis upm. sejuk sgt. time tu jugak la aku mintak Tuhan janganlah ade anggota badan aku yg kene frostbite. kan? ade sorg pakcik 1 bilik, suka sejuk. tahan sejuk. konfirm bukan org jawa nih. *refer dgn Hantu Kak Limah Balik Rumah*

biar aku kongsi sedikit pandangan dan cebisan rasa sepanjang 2 hari aku praktikal. :)

hari pertama, aku dah lewat bangun sbb terlelap lepas sahur. tergopoh-gapahnye sampai juga dgn selamat. terima kasih daun keladi wat zul sbb tolong antarkan. *clap3* 1st, aku kne interview oleh ketua. antara soklan yg sangat mudah tp akhirnya menjadi bingung lama-lama bengong, "kenapa pilih tempat ni?"

aku dgn mudahnye menjawab, senang. memudahkan. yelah, aku xyah pike nak duduk mana, rumah sewa ke, transportation, member serumah ke... kalo nak rebate pendapat aku dgn mengatakan tempat di luar lagi banyak exposure, lagi banyak kelebihan. aku rasa itu bukan jadi hal. ade je aku dgr kes kat luar xde wat keje ape. exposure kah?? kelebihan kah?? biar aku quote kata2 Pn.Julia yg merangkap ibu kesayangan aku: "mana tempat pun sama, terpulang kepada kita"

pastuh aku diajar supaya berbicara seperti seorg pegawai perhubungan awam. *bermulut manis* waaa... walaupun tidak menipu tetapi kirenyer menyembunyikan kebenaran. *ni taktik2 perdebatan nih* kalau ikutkan prinsip aku, lebih cenderung untuk bercakap benar dan str8 to da point. *dalam banyak hal la... haha* menjadi hipokrit mungkin terma yg sesuai untuk digunakan. xkisahla. aku akan cuba belajar menjadi PRO *bukan GRO* yg terbaik demi masa depan. cuma aku mengharapkan prinsip kesederhanaan dan juga "sume pendapat adalah betul* maksudnye, setiap org ade pendapat masing2. dan perlu utk dihormati wlpun menyakitkan dan kita tidak boleh terimanya.

selepas itu, aku ade sesi hindustan kejap. terbayang2 menari2 tepi tasik upm *ala, yg sebelah kompleks akademik... gile ko tasik tepi masjid??? silap ari bulan, kene panah petir je* haaa... mesti korg nak tahu kenapa.... SeSi PerKenalan. arghh... saat kulit bersentuhan mesra... putik2 cinta memekar di taman firdausi. *oh, akulah bidadari mu... erk? silap channel*

hari kedua lagi relax. dan tenang. cuma sedikit panas. aku pun semacam menyedari sedikit perasaan rasis aku. haha. ntah. mcm xberkenan. sbb kaum nih kurang populasinyer kat sarawak. tp kalo kat semenanjung. mana2 pun ade. ish3. aku paling xsuke org membuat cubaan tunjuk bagus depan boss. kata kerja berkumpulan, aku je yg wat. pastuh boss dtg, ko nak berlagak kata aku salah tu la ... salah ni laa... nasib baik aku puasa. nasib baik aku xgtau, sume tu kerja aku yg buat! nasib baik AKU PUASA! awas.

aku pun pelik. die xpuasa. tp apesal la mulut die pun ada berbau??? *bau mulut org puasa=harum kasturi k di sisi Allah* ingat tu... ade2 je la mamat tu. aku nih dah la pantang skit pasal bau-bau nih... mau pengsan. terus berbuka puasa. xgtew?

sekian uols. tu lah antara dugaan aku sepanjang berpuasa dan berpraktikal. hmmm... nasib badan.

Saturday, July 30

Setelah Itew

keputusan debat perpaduan sememangnyer memihak kpd tuan rumah setelah pastinya UTP dinobatkan sbg johan debat perpaduan 2011. tahniah diucapkan.

geram bukan main buat UPM setelah ternyata ranking ke 9 gagal menempah tiket ke suku. dgn beza margin 0.33 dgn USM. ish3. rasa pedih ditabur garam tatkala melihatkan persembahan USM ketika suku dgn laharnye... awas serangan peribadi. me dont like kay. tp rezeki korang kan.

pengalaman UTP sememangnya banyak yg manis, berkenalan dgn ramai org. ade yg kendu, ade yg lite2, ade yg sweet2, ade yg horror... mcm2 la. tp xleh blah time sukan perpaduan itew. ade 3 jenis sukan yg ditawarkan. futsal *aku xpernah main futsal sepanjang hidup aku*, tarik tali *amatlah tidak memihak kpd badan aku yg slim-like-model* dan sepak raga ratus *ape tuh? xtahu.* disebabkan oleh bijaknyer penganjur tuh, bagi budak2 utp yg sememangnyer pemain futsal, dgn badan yg kekar mekar itew... *slurrppp* lantas membimbangkan pendebat2 yg ternyata ramai yg tidak berapa kekar. ade yg terlebih kekar, ade yg kurang kekar. ingat we'ols dtg sini nak join MASUM kah??? awas.

tanpa membuang masa, kiteorg pun berpakat nak bertanding sukan tarik tali saja. ada 3 pasukan lelaki. 2 pasukan perempuan. tanpa melengahkan masa, kumpulan aku yg terdiri drpd jantan2 yg kurang kekar muncul johan k. hehe. xsangka nangka bertukar jadi mangga. :P *tiba jah*

walauape pun, pengalaman dan persahabatan yg terjalin diharap akan kekal ke akhir nanti. i.Allah. alhamdulillah dan puji-pujian bagi Ya Rabb sbb memberi aku pengajaran dan penglihatan buat mereka yg alpa. semoga dgn limpah keberkatan bulan ramadhan yg bakal menjelma ini, memberi peluang buat kita utk meraih keredhaan dan ganjaran puasa. buat sahabat2 ku, semoga berjumpa lagi. syg kalian. :)

Tuesday, July 19

Tidak Lama LAGI!

aiseymen! *mengeluh berat* arini ari selasa. esok rabu, lusa khamis, tulat jumaat! oh jumaat. hari pendaftaran di UTP tok debat perpaduan. cis. sebelah hati aku ni, rasa xsabar nak perform *wlpun performance coi*. sebelah hati lagi, boleh x aku xnak perform? *takut jadi punca kekalahan team* ish3. banyak benda yg bermain di kepala aku skg nih. ape yg aku mintak kat Tuhan pencipta segala di bumi dan di langit, please please please... bagi la kekuatan dan penguasaan ilmu serta kelancaran lidah utk aku menyampaikan ilmu dan pemahaman kepada org lain. amin!

harapan kpd nafsu nafsu serakah, dah2 la... nak puasa dah ni. cukup2 la nak merangsang aku segala. nafsu makan, plz jgn tambahkan lagi berat badan aku. dah 58kg. maximum 60kg. lebih dr tu, awas la. diet! nafsu nak berfacebook. plz la. berblog??? *yg ni xpe kot* haha...

menyampahnyer aku dgn konfiden level aku sendiri. tgok je ade org yg lebih hebat, aku jadik cuak. jadik neves. my biggest nitemare: memalukan diri sendiri. adeshh... aku mmg xsuke. coi!

ape yg aku harapkan adalah korang2, bagilah kata2 perangsang kat aku. bagilah puji2an. walaupun segala puji2an hanya bagi Allah. *gtew. ustazah pilihan sgt*

ape2 pun... kite enjoy! ok.

Monday, July 18

Mengejar Impian

salam uols. salam perpaduan. *mentang2 tgh prepare setengah mati tok debat perpaduan* dipendekkan citer, baru2 nih kiteorg ade wat sparing dgn U lain. meriah x? meriah lah kan. tu baru sparing. belom hari pertandingan. lagi la meriah. mmg dah menjadi suatu kelaziman bagi insan sekecil aku ni utk menilai masyarakat sekeliling. *kecil kekdahnyer* dlm bahasa senang paham nyer, aku wat list top 10 hotties! mampu? aku sajork yg mampu. gtew.

kekdahnyer, payah la aku nak letak nama tok isi 10 ruang kekosongan tuh. malas nak citer. haha. mungkin sbb kriteria tu sgt spesifik dan very demanding. sbb tu la agak payah tok menobatkan insan yg menduduki carta top 10 hotties tersebut.

training debat nih mmg la menyakitkan.. apatah lagi bagi org yg mcm aku yg xleh dikongkong, xde disiplin dan istiqamah dlm perbuatan. ditambah pula dgn persekitaran yg sedikit berbeza sbb xde mak hayam. mungkin. tp disebabkan aku akan perform tok debat kali nih, aku kene gigih la berusaha. tu pun kalo aku xsakit dan plus plus. doa2 xlah kan... sepanjang latihan, performance aku belum lagi mencapai par yg aku rasa aku pernah wat dgn bagus. walaupun level aku xsehebat dgn yg lain. tp aku pun perasan kejatuhan skil aku sendiri. mungkin aku perlukan perangsang. aku lebih terkesan dgn pujian yg berpatutan, motivasi yg berhikmah dan nasihat yg wajar. bukannyer keadaan tekanan dan ancaman. tp setakat ni, aku xpernah lagi rasa ditekan. cuma aku agak baran dgn diri aku yg bebal dlm memahami isu2 perpaduan.

giler la isu2 perpaduan!!! sundel... seyesli. motip ko bagi usul2 susah???lite2 sudah. pasal EKUINAS laaa... pasal Pelan Transformasi Ekonomi laaa... banyak plak benda2 asing bagi aku nih kuar. yg xasing, penceraian artis, gosip artis, citer kartun dan benda2 hiburan yg lain. tu pun aku xtau sgt. aku jenis yg suka tidur. hehe. sbb tu kot aku xpernah dan paham benda tuh semua.

aku harapkan performance aku akan menjadi lebih baik kalo aku tahu perbuatan aku nih membawa nilai dan kesan. maknanyer sewaktu pertandingan. aku mengharapkan par aku lebih baik dan aku berjaya dpt best speaker. *verangan* walaupun team i nanti sememangnyer lagi vogue dr aku lah kan... tu aku pasti.

aku harapkan kwn2 bagi la sokongan dr jauh. semoga aku mendapat motivasi dan kepercayaan korang terhadap aku kelak. ni lawan sesama U k. IPTA/IPTS sume ade. aku harapkan team aku leh masuk final. sbb aku nak masuk TV!!! *gtew, kekdahnyer*

sekian.

Friday, July 15

Aku, Ana Lu'lu?

mesti korg dah sedia maklum ttg drama baru TV3 dlm slot Lestary kan? xtau? sah jakun. opss! haha. gurau je uols. sentap la kekdahnyer.

ape kaitan aku dgn citer nih? pendek cite, jgn muntah dulu eh. aku xde niat nak samakan diri aku yg vogue nih dgn nora danish yg chomel tuh. harap maklum. perwatakan kiteorg yg manja2, gedik2... tu sma. part yg bengap2, lurus bendul... tu bukan. sekali lagi. harap maklum. 


*cantik ke tidak?*
*jendul ke tidak?*

citer ni mmg aku suke sbb pelakon laki die nih hensem skit. hah!!! bukan kamal adli k. tu stok2 time terdesak sajork. ADEY SYAFRIEN! pergh... hensem siyot.  tgok nih.


*adoiii... hati aku terbelah k. cair jah.* :P

sekali lagi!!!


*stok2 berharga k*

tp citer ni aku mcm dah bau2 dah jalan citer die. konon2 si adey ni nak tackle si ana lulu tp die ade niat jahat yg tersembunyi. nak memperalatkan die. iyelah, die kan lurus bendul n luas jendul. xgitew? tp tetap jantan berduyun nak. sbb? chantek! curlas ko nora. :) last2 kamal adli ni akan bercinta dgn nora sbb anak die. konfirm! anak die dah leh ckp pastuh. kalo ape yg aku ckp ni betul, mmg sah pierre nih pengarah KLISE! kalo sama la kan... ape2 pun, harap si adey nih perbaiki lakonan. SBB rupa lagi menyerlah dr bakat lakonan. sepatutnyer rupa tu menyerikan lakonan yg mantap. tp i belom tgok die berlakon dlm flat 3A... dah tgok, baru i judge lakonan u k. *tiba jah.* haha. pengkritik la aku skg nih.

tu sajor nak citer. jgn caras mek k! awas la. sekian.





Wednesday, July 13

Debat Sebelum Praktikal

salam ols. lama i xmenulis blog secara live. *kata aku la kan* wlpun pernah satu ketika dahulu, berjanji xnak dah join debat. lepas je Tuhan bg peluang tok perform, i pun ambil la kesempatan tuh. gamaknyer, debat nih debat perpaduan uol. syarat wajib mesti ada wakil bukan melayu. sbb tu la aku dpt job nih. sbb i kan berketurunan bidayuh. ikot bapak i la kan. *wlpun hakikatnye i ni pan-asian lite2... mampu?* 

nak join debat ni bukan senang ols. banyak dugaan. kebetulan plak, flite i 9hb. sama dgn time geng ambega wat hal. adeh. mak i dah ala2 wan maimunah, wat babak berat ati nak melepaskan anaknyer. siap bagi sms, dah sampai, gtau. pendek kata, banyak dugaanla... malas nak citer sbb ada part2 touching. gtew. xnak la nanges depan korang kan? *ayat selamat*

rini aka 12/7, pendebat upm wat friendly match kat uiam. 1stly, mmg i rasa pressure sgt. bukan sbb risau xperform dgn bagus. tp i menjangkakan, keadaan yg bosan. ape pengertian keadaan yg bosan? jawapan: dikelilingi oleh ramai pompuan. *tulen/xberapa nk tulen* tambah2 lagi, student uia kan? i risau kene tegur dgn dieorg. nape pakai rantai? nape jln berlenggang? nape pakai ketat2? kalo ade la soklan tu, i akan jawab cenggini. nape? ko nak aku pakai tudung labuh cam ko ke? xkan? *verani mati nyer statement* haha

syg seribu kali syg, dugaan i salah k. YES!!! ade jejans, abg2, nonok2 yg coverina... sekilas laki lalu, i tau nonok ke idak! malas nk citer lebih. match i yg pertama, i kne perform depan satu khalyak pelajar yg akan jadik hakim tok interschool minggu nih. matila... ramai plak yg tgok. neves plak. mula2 time i ckp, mcm gelabah, ayat xjelas. lepas dh 1-2 minit camtu, i dpt wat cam biasa. tau nape? sbb ada mata yg memandang, i taste sgt! haha. *xleh la open sgt kan? hahaha*

2nd match, berhakimkan nurjumma~ seyesli, i xkenal sape la pompuan nih. org panggil jumma jahhhh! i pun ingatla student senior uia. which is im correct la kan. lastly baru i tau, die ni personaliti TV3 n x student uiam. tu pun sbb member yg gtau. bg pendapat i, die ni very da mesra. public relation tuh mmg tip top. kyakinan, cara die bawak diri, mmg i impress. lagi satu, die ni mmg chantek! part tu i ade sedikit jeles k. kalo i nih lurus, dah lama dah cair dgn tusukan pandangan matanyer yg cantik tuh. realitinyer, korang paham2 sendiri lah eh.

3rd match, yg plg memorable time sebelom i habis bercakap, i sempat gtau uia sediakan minuman tok pendebat yg perform. *walhal i xde niat pun nak lahar sape2... spontan katenyer* mau x nyer kene minum air, air liur dah kering dah kot! bercakap 7 minit. siap nak berdegar2 lagi, siap nak action2 lagi, siap nak lahar2 lagi... mane x kering air liur? dgn serta merta setelah hbis persidangan, ade sorg budak laki uia yg jadik lawan kiteorg nih bagi 2 cwn air. aik? sentap lah tuuu. haha. terima kasih daun keladi sesgt. lain kali wat lagi. baik sgt la budak tuh. malu muka merah padan gak la i sekejap. tp nak wat camne? not really my taste! bolehla... haha. celakanyer statement. 

lain kali, kalo aku jumpe... aku plak yg berbudi. dulu, die bagi air, aku plak akan bagi air? servis? makanan? mungkin... haha. tp xdinafikan. ada gak pompuan yg chantek kat uia tuh. cis... bukan senang i nak iktiraf u chantek k. bersyukur la.

kpd geng2 yg bakal wat praktikal. hidup elok2. jg diri. yg masih dara, kekalkan dara. yg masih teruna, cari pengalaman hidup. gtew. haha. aku doakan sume kite bakal menyarung jubah kelabu berjalur pink 2012 t. amin.

Sunday, July 10

sUatU keTikA dAhuLu Di KuChiNg (E1)

Manusia memang xpernah bersyukur dgn apa yg ada. Ini kelaziman makluk yg namanya manusia. Dlm konteks pelajar, apabila kat uni, sibok teringat nak balik kpg. Apabila kat kampung, sibok teringat nak balik uni. Aku xtau la korang nyer tabiat camne. Tp aku rasa mcm tu la. Dah la payah nak on9. Tgok tv pun dah malas. Sbb dah biasa x tgok tv kat uni. Kan? Perghh… Sedap giler Coke sejuk… Gulp… gulp… *sambil minum lagi*

Aku menulis post ni 9hb Jun at 0014. Kite tgok bile aku leh post secara on9. Nampak x susahnyer nak berhubung dgn dunia luar? Terpaksa menghamburkn kata2 ugutan kat adik pompuan aku tok gune hp die bukak fb. Dan terpaksa menghasut dan memujuk adik lelaki aku tok bayar bil broadband. Oh tuhan. Kesempatan tok menajamkan skil mengugut dan menghasut serta memujuk ini akan ku pertajamkan demi kelangsungan hidupku. J

Cuti ni mmg best. Setakat ni dah 2 kali karoke, 1 tgok wayang, berkali2 kuar minum, berkali2 mengumpat, 1 balik kpg dan 1 keluar makan as family. Meh aku mulakan dgn aktvt kuar minum2 dgn famili. Dgn transport 2 buah motor, 6 org. hmmm… Sila paham2 sendiri. Dah berapa dah kesalahan jalan raya dah kiteorg wat? Haha. Sesekali outting sefamili mmg best. Cuma xberapa nak best pabila ianya melibatkan keluarga aku sendiri. Sume org suka bercakap, suka perhatian. Apabila sume dah bercakap, sape nak dgr? Apa yg berlaku? Miscommunication. Yg menambahkan keriuhan dan kesakitan hati sesama sendiri, pabila hujan turun selebat2 hati. Adeh! Mata aku terakam satu wajah yg sgt comel. Abg baju merah. Hehe. Susah betul abg tu nak senyum. 24hrs serius. Bak kata apel, mungkin giginya rungak. Aku pun xsure. Ni pic famili aku yg sempat disnap oleh apel.


*My mak, bapak n hensemboy~* ;p



*My Nyutnyut aka Pinol… hehe. Adik bongsu yg bernama Danial*
Apel & Ayu xda. Malas nak bergambar. Ada ku kesah?

Next, karoke time. My all times families’s fevret… *walhal aku dgn apel je yg hardcore karoke* Biasalah kan… Mesti nak nyanyi2 sampai ilang suara. Walaupun suara mcm nak panggil hujan kan? Almaklumlah suara burung jentayu… gtew. Mampu?


*xsah hidup aku kalo xmenyanyi… kan?*


Cuti ni mmg xsah kalo xsambut besday danial. Pening aku. Patutkah minta hadiah dgn abg yg xbekerja nih? Haiyo…


*wat simple2 je. Xyah lebih2. Kek tu aku pilih walaupun sume org xsuke. Tp sume org berebut nak makan coklat kat kek tu kan? Nang kek!*

Cuti kalo xde pape benda nak wat… ambik pic dgn adik. Tu je. Nah.. ambikla 2-3 snap sampai muntah.


*sa cak=rasa kacak*


*aih… inggar=menyampah*

Ni adalah antara kenangan2 manis yg aku nak share dgn kwn2 aku. Aku dilahirkan dalam keluarga yg susah payah. *walaupun aku suke berlagak mcm org kaya kan?* Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. *Eh, ko ingat aku ayam per? Nak kais2 tanah?* Hidup susah menjadikan aku lebih kuat tok hadapi masalah. Walaupun aku agak pemalas, suka bergantung kat org lain, suka mengarah, suka merungut… Xpe. Biasakanlah yer. Haha.
Sekian. J Aku akhiri post nih dgn 1 lagi pic aku. Sila muntah k.


*perlu ke watak sampingan jadi background? Ila, sila larikan diri anda*

Monday, May 23

Kenangan Dolu2...

buaian perasaan sedih... very da nostalgic moment nih... yela... nak balik kpg kan... sebak rasanyer pabila bakal meninggalkan UPM. walaupun utk cuti semester. gtew! over x? haha. pastuh terus i bawak niat nak selongkar koleksi2 gambar bersama2 dgn member tok semester yg lepas2... sewaktu danial masih ado. ni die. sit back, relax n enjoy. ceritera zaman muda2....


*inilah trio yg pernah menggemparkan UPM suatu ketika dulu dgn kemunculan sebuah band yg bernama Lagenda's Crew* tgok pic mesti korang dah dpt teka... mana satu lagenda nyer kan? haha

*da best pic eva!! tribute tok tukang amek gambar... merul. thanx. sbb hasil tgn kau. terciptalah karya yg begitu indah ini. hebatnyer ko. berjaya merakam moment 'kejayaan sahabat di menara gading*
dlm hati danial: sem depan giliran aku tau zul. xamek pic dgn aku. siap la ko!
dlm hati zul: dieorg ni memang coi... mana bunga konvo aku? haiyooo...
dlm hati aku: lamanyer pompuan nih amek gambar... 


*kenangan ni pun xleh nak lupe. tatkala kiteorg tgh berbincang. camne nak meriahkan lagi persembahan gamelan tok konvo kali nih... sama ada nak tambah penari gamelan dr kaum Adi? atau nak import maya karin jap? pening kepala danial memikirkannya.*
WALHAL...
danial: sakitnyer perut aku... ni mesti sambal belacan punyer pasal...


*konvo kali ini sememangnyer bersejarah dgn terciptanyer magic moment nih... dimana seorg lagenda cuba disaingi oleh seorg bintang. sehinggakan akhirnya... pic ini telah berjaya dimuatkan dlm album zul sekaligus mencetus inspirasi beliau: Kau Kunci DadaKu...*
WALHAL...
dlm hati zul: ada hati nak lawan aku? haha... mati hidup semula, xkan mampu k... *sambil gelak2 sahara*
dlm hati aku: akulah sindarela... sindarela... *sambil nyanyi2 wat innocence...*

*ni aku... time xleh nak senyum... haha.*

*time berangan nak berucap kat PWTC... mampu?*

*time nih aku rasa diri aku umpama bidayuh yg salah tempat... pastuh pakai baju melayu... :P*

post ni terus terang aku ckp... aku wat dlm keadaan xtido semalaman. mintak maap yer sume. haha... aku salu xtido kalo nak balik srwak. sbb aku excited ke? x... sbb aku nak tido dlm flite!! haha... yes... tu tujuan aku sebenarnyer. :P







Mengomel

salam sume. b4 korang baca post nih, pe kata kita sedekahkan al-fatihah buat mereka yg menjadi korban tanah runtuh di hulu langat. doakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan soleh. amin.

sekian je part feeling2 ustazah tuh. meh kite up kan skit semangat kite dgn melahar segenap penjuru kejadian tanah runtuh itew serta aku nak share skit kisah2 sebelom aku pulang ke Kuching miow miow isnin nih. *which is ari nih la kan?*

haishhh... * a very deeply sigh* 1 benda yg paling aku xsuke pasal malaysia. bidalan ni sungguh la kena dgn benda yg aku benci tuh. "dah terhantuk baru nak terngadah" yess... xsia2 mengaku melayu kan aku... tp sebab dunia dah global, peribahasa pun dah xrelevan. aku tukar. bagi molek skit. "dah mati baru kau nak kisah". ape mcm? sentap? yg sentap mesti politician. xpun pihak berkuasa. biar aku bagi contoh dekat di mata aku. UPM. haa... fakulti bahasa moden n komunikasi (FBMK) terletak di luar main kampus. sama cam medik/kejuruteraan. cuma masih berada dekat2 area tu gak la. yg paling menakutkan aku yg penakut nih adalah melintas jalan ke kompleks akademik yg betul2 depan masjid UPM. aku nih dah la jenis yg cepat panik. kalo adelah kereta nak langgar aku tiba2. ko ingat aku nak elak? aku akan stay situ sbb aku tergamam. seyes. sem ni dah berapa kali dah kena. nasib baik xarwah kan? sempat nak sambut raya. pakai contact lens berkaler2. *tahun nih nak try kaler ape plak eh?* haha... plz la. xkan sampai aku atau mana2 insan semacam aku nih dah eksiden baru pihak berkuasa nak amik tindakan? baru terhegeh2 nak wat jejantas? baru terhegeh2 nak wat trafik lite? kan? jgn sampai aku wat doa teraniaya baru la korang nak bertindak yer. awas!

sama gak dgn halnyer tanah runtuh... meluat aku dgr! tanah runtuh. asyik2 runtuh2. aritu kat bukit antarabangsa.... dulu2 kat cameron... sume ni terjadik memanglah sbb ketentuan Allah. tp sudah semestinya sbb manusia yg bodoh, tamak dan suka wat keje sambil lewa. bukan nyer nak test dulu. tanah tu ok ke x... risiko tinggi ke x... sumenyer atas nama PEMBANGUNAN! siyal. dah terbang dah nyawa budak2 tuh... ape pembangunan ko leh wat??? mampu nak bagi nyawa depa balik? boleh x korang nih kalo wat pembangunan, tanam balik pokok2 yg korang tebang tuh. pokok tuh sgtla berguna tok bagi ko bernafas. xbelajar bio eh ko? sains mudah camtuh pun fail. pasal ni pun UPM wat aku bengang gak. tau nyer dunia skg nih makin panas. makin bahang. korang plak, makin bijak! tebang sume pokok2.... cantas sume2 dahan. korang pe kes? baik buang je tagline korang tuh. "leader of tropical agriculture... erk? betulkan kalo salah" baik letak, "leader of deforestation ke... leader of mother nature killer ke" xgtew? aku xla kata, kita perlu simpan hutan/pokok2 dan abaikan pembangunan. tp lepas buat bendalah yg namanyer pembangunan yg korang agung2kan... yg korang nak bawak ke kubur tuh... leh x tanam balik pokok2??? at least, xla tercemar ke... merosakkan habitat flora/fauna. pasnih kalo ade mana2 makhluk yg wat kacau... aku nak ade lah yg akan bertanggungjawab. aku xnak terima dah perletakan jawatan. kalo ade nyawa yg melayang. aku nak nyawa gak gantinyer. boleh? geram siot.

aku harap kejadian yg telah mengorbankan nyawa budak2 yg xberdosa tuh xkan terulang dek kealpaan n keegoan manusia yg mempunyai kewajipan. lepas nih baru lah terhegeh2 nak wat polisi/syarat2 tok wat rumah kebajikan. ye x? pastuh letak lagi syarat2 yg ntah pape... ye x? cukai pintu... cukai kepala... cukai KFC... McD... segala macam cukai dah rakyat bayar... sume tuh g mana? peg kat kos pengekalan kecantikan wanita rambut mengerbang tuh kan... hamboi... santek ke ko? pemimpin kalo dah korup, rakyat lah yg akan terima nasib. sabo je la. bukan nak kutuk bukan nak mengata. bukti depan mata! aku cuma nak bandingkan dgn khulafa ar rasyidin. sebuah kerajaan islam zaman lepas kewafatan Rasullulah s.a.w. bagaimana dieorg hidup. memimpin. sampai ada yg hidup melarat asalkan rakyat xmerasa kesusahan. sekarang? pemimpin kita? sume perut buncit!!! rakyat? keding kering kontang. kalo slim cam aku xpe gak. sbb aku model. haha. malaysia nih nama jer negara Islam. tu pun lepas kejayaan penglibatan kita dlm OIC. tp gaya nyer mmg Islam cuma atas nama jer. kes pembuangan bayi yg paling sedih skali. kes anak luar nikah xyah citer la kan? yg paling pelik. malaysia antara negara yg paling kotor. thanx kepada penilai barat yg aku pun xtau betul ke x... telus ke x. nape aku kata pelik? sbb Islam kan agama yg mementingkan kebersihan. kita  bersuci pun 5 kali sehari dgn amek wuduk. bangsa lain ado? agama lain ado? xde. so, nape malaysia yg diagung2kan sbg negara Islam tersenarai dlm negara yg terkotor di dunia? tepuk dada, bukak mata! haaa... bukak mata time Jom Heboh! bukak mata time konsert! bukak mata time perarakan! bukak mata time sambut new year! bukak mata!  jgn kata sampah sarap. botol arak! kondom pun ade. nak je aku kutip pastuh check DNA. pastuh rejam jerk... coi! pas termengandung... buang anak dlm toilet! buang anak dlm tong sampah! manusia nih mmg tau. kat sini aku nak tanye para cendekiawan yg kononnyer hebat wat teori... PEMBANGUNAN! hey sundel... ape pembangunan ko dah wat kat anak2 bangsa kite??? sila jawab dgn keadaan terhormat.

pasal video lucah A yg terbaru tuh... dgn pompuan cina tuh... lagi laaa malas nak citer lebih2. kang aku plak masuk ISA... at least biarla aku dah keje... pastuh nak tangkap pun tangkap la... duit gaji tetap jalan uol! jgn xtau! haha. tp nak gak citer. sbb geram. kan? yg aku pelik seribu kali pelik. *aku dah tgok dah aksi2 tuh... rasa nak muntah gak* video tuh pergh! mmg giler la... dah la siap set jadik nite vision. pastuh tempat letak dah mmg cantik dah. nampak sgt benda tuh dah dirancang. yg xleh blahnyer... ade yg verani mati wat sumpah nih. yg terang2 muka die... ade org kata bukan. menyamar la. hanjeng 2 serupa la... macam2. camnilah pemimpin malaysia. sebuah negara islam. tepuk tangan sume. *sambil wat standing ovation...*

aku nih asyik mengomel pasal salah org lain. pasal keaiban org lain. aku nih bagus sgt ke? walaupun aku cantek tp aku xla sesempurna manusia. nabi pun ade wat salah. ni kan plak aku yg salu wat dosa setiap hari. apekan daya. aku manusia lemah. gtew. tp aku syorkan cadangan. sbb aku bukan nak kritik2 kosong. aku sertakan cadangan. walaupun klise. walaupun bodo. aku cuma nak share.

1. wajibkan subjek agama dlm kurikulum IPTA/IPTS. *rindu plak nak belajar ingat Tuhan. korang xke?*
2. watlah aktiviti penanaman semula di kawasan pembangunan. kita nih dah kurang sgt pokok2. dah kronik dah.
3. hentikan politik obses. dalami semula erti tanggungjawab seorg pemimpin. fahami agama. perjuangan agama. dah2la sesama melayu nak gaduh2. sesama melayu nak menyumpah2. sesama melayu nak berbunuh2an. wat bangsa lain gelak je.
4. yg sangap tuh, kawin lah cepat. xkisah kawin muda. tp pastikan anak bini xseksa. cukup makan.
5. bagi kesedaran kat golongan wanita. kebesaran/keistimewaan menjadi wanita. hargai diri dulu. cintai diri dulu. jgn mudah caye kat ckap laki2. kontrol nafsu tuh!!!

ni je dulu. kalo ade pape... nanti aku tambah. yer? huhu. selamat beramal k. salam.

Saturday, May 21

Desperate Housewives

review on DH latest season. wow. dis season is very very exciting. plus renee. it is so damn good. haha. for me, character - Renee played by Vanessa William is my fevret. ok. enuf speaking London. tp episod terakhir season 7 nih mmm... agak berat bagi aku. too much scenery. too much conflict... sikit lagi nak muntah. haha. tp part renee pun agak kureng skit. tp aku masih enjoy. meh aku share skit my thought.

1. Susan Delfino (Terry Hatcher)
---untung dpt laki cam mike tuh. tough, hensem. tp panas baran. tp susan pandai jaga/ambik ati laki die. *2 clpas 4 u* xdinafikan, die ni paling cantik antara sume. cuma die agak lurus n very emotional. season nih gak, die banyak masalah kewangan *sebijik cam aku kan? haha*

2. Lynette Scavo (Felicity Huffman)
---aku admire dgn die dr sense of knowledge n resourcefulness yg die ada. evendoe nih die ada laki yg lampi n berat tp charming... watak die nih bagi aku lebih menonjol dr cara camne die selesaikan masalah. cuma episod terakhir nih. masalah rumahtangga die. aku agak menyampah. since die dgn tom asyik2 nak gaduh. rasanya dieorg takut nak admit yg dieorg dah xcintakan antara satu sama lain. apa yg ada hanyalah sandaran kpd anak2.

3. Bree Van de Kamp (Marcia Cross)
---very motherhood. tp xsuke pasal die nih suke sgt nak kontrol hidup org lain. tp aku impress dgn die sbb ade kemahiran menembak. wow. very da Lara Croft-Angelina Jolie kan ko? pasangan die baru2 nih... detektif tu... pergh! hensem siot! so geram geram geram.... grrr...

*mampu? pegang dua pistol? sambil wat kening ziana zain?*

4. Gabrielle Solis (Eva Longoria)
---dis hot mami latino nih mmg cantik. cuma rendah. suke berlagak. xpandai jaga hati org. suka cakap lepas. suka demand tinggi2. *eh, aku mcm kenal je watak nih...* haha.

5. Renee Perry (Vanessa William)
---love love love... lucu. n salu wat aku gelak sorg2. tp plastik surgery kat muka die mmg menyerlah kan? xleh nak sembunyi2 dah. haha.

my last point: episode terakhir nih mcm nak habis cepat jerk... hmm... aku lebih suke kalo pelan2.... jgn bagi banyak sgt konflik dlm 1 cerita. seyes. rasa nak muntah. :(

Friday, May 20

Edisi Sastera: Hitam, Putih, Arak & Sejadah.

Kisah Hitam,
Aku suka padanya,
Mataku hitam melihat dunia,
Dada teruja melihat dia, 
Oh betapa mataku mudah cinta.

Kisah Putih,
Aku sayang padanya, 
Mataku putih melihat dunia,
Pada aku itu dia,
Oh betapa hatiku mudah cinta.

Hitam ibarat arak,
Sifatnya asyik aku bebas terlupa,
Rasanya perit aku puas teruja,
Tika kalah kudrat aku memuja,
Datanglah padaku kekasih beta.

Putih umpama sejadah,
Hamparanmu membingkis tenang penghadapan,
Hadirmu cahaya menerangi kegelapan,
Tika hilang pedoman aku memuja,
Datanglah padaku kekasih beta.

Oh Tuhan,
Betapa aku cinta kalian.

Pada Mu, 
Aku adukan perasaan,
Pada Ibu, 
Aku meminta jawapan,
Pada sahabat,
Aku tanyakan persoalan.
Demi meraih sebuah pengakhiran.
Betapa kudrat tak setanding dugaan.

Norma insan tak bisa mengerti,
Gejolak perasaan batas tabii,
Hasrat hati aku mati,
Redha Ilahi tiada lagi,
Apakah bisa aku menyendiri?
Terbuai perasaan terkurung sepi.

Kenapa Engkau seksa aku begini?
Tarik kembali perasaan ini,
Tidaklah aku sakiti diri,
Tarik kembali nyawa ini,
Tanpa perasaan aku mati.

Sememangnya cinta berkehendakkan pengorbanan,
Ku korbankan perasaan demi keredhaan,
Keredhaan aku harapkan berkekalan,
Kekal sehingga aku temukan,
Temui Pencipta menagih jawapan.


Berakhirlah Sebuah Kegilaan

ni post kedua tok ari nih. nak citer lah pasal sebuah program realiti fevret geng2 aku... bukan da biggest loser. bukan akademi fantasia. bukan. xlain dan xbukan bukan... ANTM. american next top model. skg nih dah cycle 16 dah. wow. post kali ni bukan nyer nak gtau korang sejarah ANTM nih. tp nak share/nilai kembali finale cycle yg baru nih. sbb tu la aku kata. kegilaan ANTM nih dah pun berakhir dgn kekalahan zul. haha. :P *sori zul*

meh aku letak skit gambar. bagi terang skit mata korang tuh.

*nilah pompuan yg rasa dirinyer model dr amerika. santek ke ko?*

pompuan timur lagi cantek k. gtew. kite ada fifi karin. dato' siti fifiliza. xlupe gak kite ade fifi iking. haaa... jgn xtau. yela2... zul sameon pun ade gak... ko pun nak gak? merul sarawak pun ade. hmm... danial zaqyah pun nak gak ke? haha. *gurau jek. jgn sentap plak.* hik3.

ok. finale nih ade 2 peserta yg berentap. kita ada molly.

*tu die... nasib badan lawa. xde jerawat kat badan. :P*

pastuh kite ade britani.

*cantik tp pada masa yg sama menakutkan*

normanya time finale. ade sesi covergirl & fashion show... dlm sesi covergirl tuh ade amek video yg memperkenalkan produk covergirl. skg nih dah cycle ke 16. so kire2 ade 16 produk covergirl. sume nyer elok2 belaka tok pengguna fomfuan2... kan? xde yg buruk2... adoi. propa jah. tp kalo nak dibandingkan pic nih... aku lebih suke pic molly. sbb nampak sgt lovely n colourful kalo brit plak... warnanyer agak gelap. huk3. tp dua2 cantik. 

okey. part runway plak. molly.

*gtew zul... terbaik dr ladang. hik3... *

*cantik. bravo.*

part britani plak.

*suka rambut nih. nak g kelas camnih leh x?*

*cantek gak. tp aku xsuke oufit nih. cam semacam jek.*

ok. dah habis sume cabaran tu. terpulang kat aku tok menilai. *we have made a decision.~ tyra banks*

*neves nyer mak... nok, uol mesti menang...xla... uol yg menang.*

keputusannyer... jeng3...

 *aku yg menang. hua hua hua... *

pada pendapat aku. mmg wajar pun brit menang. sbb antm kan tgh carik model yg hi-fashion. so, brit is already emmiting da hi-fashion sense to the world of fashion. gtew. namun, cuma aku menyampah dgn pompuan nih. sbb die nih asyik nak menanges je keje nyer. pompuan nih mmg murah dgn air mata. 

tp cycle nih aku perasan 1 benda. calon2 model nih. banyak yg suka menyumpah. sh*t la... fu*k la... sume benda lah... helo. ni kan tontonan umum plus world coverage. so... mind your tounge plz... *meh sini... nak cili jap* yg ratu mencarut nyer. Molly. suke sgt la nak mencarut. adoi... bagi negro kang... baru ko tau. haha. 

skg ni aku dgr dr paparazi. ade dah antm cycle 17. sume peserta die... bekas2 bukan juara. haha... all stars gtew. mcm citer survivor la plak kan? tp xsabar nak tgok dieorg nih beraksi. adakah kegilaan ini akan kembali mengganas? kita tunggu dan lihat. :P t ade pape. aku update. okey. sekian. wassalam.