Monday, May 23

Mengomel

salam sume. b4 korang baca post nih, pe kata kita sedekahkan al-fatihah buat mereka yg menjadi korban tanah runtuh di hulu langat. doakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan soleh. amin.

sekian je part feeling2 ustazah tuh. meh kite up kan skit semangat kite dgn melahar segenap penjuru kejadian tanah runtuh itew serta aku nak share skit kisah2 sebelom aku pulang ke Kuching miow miow isnin nih. *which is ari nih la kan?*

haishhh... * a very deeply sigh* 1 benda yg paling aku xsuke pasal malaysia. bidalan ni sungguh la kena dgn benda yg aku benci tuh. "dah terhantuk baru nak terngadah" yess... xsia2 mengaku melayu kan aku... tp sebab dunia dah global, peribahasa pun dah xrelevan. aku tukar. bagi molek skit. "dah mati baru kau nak kisah". ape mcm? sentap? yg sentap mesti politician. xpun pihak berkuasa. biar aku bagi contoh dekat di mata aku. UPM. haa... fakulti bahasa moden n komunikasi (FBMK) terletak di luar main kampus. sama cam medik/kejuruteraan. cuma masih berada dekat2 area tu gak la. yg paling menakutkan aku yg penakut nih adalah melintas jalan ke kompleks akademik yg betul2 depan masjid UPM. aku nih dah la jenis yg cepat panik. kalo adelah kereta nak langgar aku tiba2. ko ingat aku nak elak? aku akan stay situ sbb aku tergamam. seyes. sem ni dah berapa kali dah kena. nasib baik xarwah kan? sempat nak sambut raya. pakai contact lens berkaler2. *tahun nih nak try kaler ape plak eh?* haha... plz la. xkan sampai aku atau mana2 insan semacam aku nih dah eksiden baru pihak berkuasa nak amik tindakan? baru terhegeh2 nak wat jejantas? baru terhegeh2 nak wat trafik lite? kan? jgn sampai aku wat doa teraniaya baru la korang nak bertindak yer. awas!

sama gak dgn halnyer tanah runtuh... meluat aku dgr! tanah runtuh. asyik2 runtuh2. aritu kat bukit antarabangsa.... dulu2 kat cameron... sume ni terjadik memanglah sbb ketentuan Allah. tp sudah semestinya sbb manusia yg bodoh, tamak dan suka wat keje sambil lewa. bukan nyer nak test dulu. tanah tu ok ke x... risiko tinggi ke x... sumenyer atas nama PEMBANGUNAN! siyal. dah terbang dah nyawa budak2 tuh... ape pembangunan ko leh wat??? mampu nak bagi nyawa depa balik? boleh x korang nih kalo wat pembangunan, tanam balik pokok2 yg korang tebang tuh. pokok tuh sgtla berguna tok bagi ko bernafas. xbelajar bio eh ko? sains mudah camtuh pun fail. pasal ni pun UPM wat aku bengang gak. tau nyer dunia skg nih makin panas. makin bahang. korang plak, makin bijak! tebang sume pokok2.... cantas sume2 dahan. korang pe kes? baik buang je tagline korang tuh. "leader of tropical agriculture... erk? betulkan kalo salah" baik letak, "leader of deforestation ke... leader of mother nature killer ke" xgtew? aku xla kata, kita perlu simpan hutan/pokok2 dan abaikan pembangunan. tp lepas buat bendalah yg namanyer pembangunan yg korang agung2kan... yg korang nak bawak ke kubur tuh... leh x tanam balik pokok2??? at least, xla tercemar ke... merosakkan habitat flora/fauna. pasnih kalo ade mana2 makhluk yg wat kacau... aku nak ade lah yg akan bertanggungjawab. aku xnak terima dah perletakan jawatan. kalo ade nyawa yg melayang. aku nak nyawa gak gantinyer. boleh? geram siot.

aku harap kejadian yg telah mengorbankan nyawa budak2 yg xberdosa tuh xkan terulang dek kealpaan n keegoan manusia yg mempunyai kewajipan. lepas nih baru lah terhegeh2 nak wat polisi/syarat2 tok wat rumah kebajikan. ye x? pastuh letak lagi syarat2 yg ntah pape... ye x? cukai pintu... cukai kepala... cukai KFC... McD... segala macam cukai dah rakyat bayar... sume tuh g mana? peg kat kos pengekalan kecantikan wanita rambut mengerbang tuh kan... hamboi... santek ke ko? pemimpin kalo dah korup, rakyat lah yg akan terima nasib. sabo je la. bukan nak kutuk bukan nak mengata. bukti depan mata! aku cuma nak bandingkan dgn khulafa ar rasyidin. sebuah kerajaan islam zaman lepas kewafatan Rasullulah s.a.w. bagaimana dieorg hidup. memimpin. sampai ada yg hidup melarat asalkan rakyat xmerasa kesusahan. sekarang? pemimpin kita? sume perut buncit!!! rakyat? keding kering kontang. kalo slim cam aku xpe gak. sbb aku model. haha. malaysia nih nama jer negara Islam. tu pun lepas kejayaan penglibatan kita dlm OIC. tp gaya nyer mmg Islam cuma atas nama jer. kes pembuangan bayi yg paling sedih skali. kes anak luar nikah xyah citer la kan? yg paling pelik. malaysia antara negara yg paling kotor. thanx kepada penilai barat yg aku pun xtau betul ke x... telus ke x. nape aku kata pelik? sbb Islam kan agama yg mementingkan kebersihan. kita  bersuci pun 5 kali sehari dgn amek wuduk. bangsa lain ado? agama lain ado? xde. so, nape malaysia yg diagung2kan sbg negara Islam tersenarai dlm negara yg terkotor di dunia? tepuk dada, bukak mata! haaa... bukak mata time Jom Heboh! bukak mata time konsert! bukak mata time perarakan! bukak mata time sambut new year! bukak mata!  jgn kata sampah sarap. botol arak! kondom pun ade. nak je aku kutip pastuh check DNA. pastuh rejam jerk... coi! pas termengandung... buang anak dlm toilet! buang anak dlm tong sampah! manusia nih mmg tau. kat sini aku nak tanye para cendekiawan yg kononnyer hebat wat teori... PEMBANGUNAN! hey sundel... ape pembangunan ko dah wat kat anak2 bangsa kite??? sila jawab dgn keadaan terhormat.

pasal video lucah A yg terbaru tuh... dgn pompuan cina tuh... lagi laaa malas nak citer lebih2. kang aku plak masuk ISA... at least biarla aku dah keje... pastuh nak tangkap pun tangkap la... duit gaji tetap jalan uol! jgn xtau! haha. tp nak gak citer. sbb geram. kan? yg aku pelik seribu kali pelik. *aku dah tgok dah aksi2 tuh... rasa nak muntah gak* video tuh pergh! mmg giler la... dah la siap set jadik nite vision. pastuh tempat letak dah mmg cantik dah. nampak sgt benda tuh dah dirancang. yg xleh blahnyer... ade yg verani mati wat sumpah nih. yg terang2 muka die... ade org kata bukan. menyamar la. hanjeng 2 serupa la... macam2. camnilah pemimpin malaysia. sebuah negara islam. tepuk tangan sume. *sambil wat standing ovation...*

aku nih asyik mengomel pasal salah org lain. pasal keaiban org lain. aku nih bagus sgt ke? walaupun aku cantek tp aku xla sesempurna manusia. nabi pun ade wat salah. ni kan plak aku yg salu wat dosa setiap hari. apekan daya. aku manusia lemah. gtew. tp aku syorkan cadangan. sbb aku bukan nak kritik2 kosong. aku sertakan cadangan. walaupun klise. walaupun bodo. aku cuma nak share.

1. wajibkan subjek agama dlm kurikulum IPTA/IPTS. *rindu plak nak belajar ingat Tuhan. korang xke?*
2. watlah aktiviti penanaman semula di kawasan pembangunan. kita nih dah kurang sgt pokok2. dah kronik dah.
3. hentikan politik obses. dalami semula erti tanggungjawab seorg pemimpin. fahami agama. perjuangan agama. dah2la sesama melayu nak gaduh2. sesama melayu nak menyumpah2. sesama melayu nak berbunuh2an. wat bangsa lain gelak je.
4. yg sangap tuh, kawin lah cepat. xkisah kawin muda. tp pastikan anak bini xseksa. cukup makan.
5. bagi kesedaran kat golongan wanita. kebesaran/keistimewaan menjadi wanita. hargai diri dulu. cintai diri dulu. jgn mudah caye kat ckap laki2. kontrol nafsu tuh!!!

ni je dulu. kalo ade pape... nanti aku tambah. yer? huhu. selamat beramal k. salam.

2 comments:

  1. ika setuju dengan penerapan nilai-nilai agama masa blaja kat ipta dan ipts ..mmg perlu pun ..

    ReplyDelete
  2. yup. yg terkini, dlm parlimen mahasiswa kat USM dah ade bincangkan mengenai mewujudkan subjek pendidikan agama dan moral di IPT. dan cdgn tersebut telah pun diluluskan. andaikata, pihak USM mengambil keputusan tersebut dan dimanifestasikan dlm realiti/pentadbiran USM, xhairanlah. USM akan menjadi pelopor dlm memasukkan elemen pendidikan agama/moral sbg subjek wajib. i.Allah usaha ini akan dpt membendung gejala sosial yg kian membimbangkan masyarakat kita. amin. *gitew* panjang jwapan i.

    ReplyDelete